Thursday, February 19, 2015

Doktor Gigi

Perjalanan Saya Menjadi Seorang Doktor Gigi

Oleh: Dr. Nur Hidayah binti Abu Bakar (DDS, USM)

Mari saya mulakan kisah hidup saya dengan memperkenalkan diri saya. Saya kini berusia 25 tahun. Merupakan anak sulung dari 3 orang adik-beradik, ibu kami telah meninggal dunia semenjak saya berusia 13 tahun. Saya memulakan persekolahan ketika darjah 1 di SK Wangsa Jaya, merupakan pelajar yang bermasalah, nakal, agak perlahan untuk pick-up, sehingga perlukan kelas khas untuk mengeja dan membaca serta hanya ketika darjah 2 saya tahu mengira dengan baik. Sekolah menengah di SMK Seksyen 5 Wangsa Maju setelah mendapat keputusan UPSR 4A1B (Matematik). Keluarga saya bukan orang senang, saya tidak pernah punya peluang mengikuti kelas tuisyen atau kelas tambahan kecuali jika ia percuma. Alhamdulillah PMR mendapat 7A1B (Matematik) dan SPM (kelas sains tulen) saya mengambil subjek tambahan iaitu Kesusasteraan Inggeris dimana saya tidak mempunyai tutor dan terpaksa belajar sendiri. Alhamdulilah rezeki keputusan sederhana jika dibandingkan pelajar lain, hanyalah 6A,4B dan 1C(Add Math). Saya mendapat 2 tawaran belajar, iaitu Diploma Sains UiTM (2 tahun setengah) dan juga matrikulasi Melaka intake kedua (biasanya intake ini bagi pelajar yang kurang cemerlang).

Saya memilih matrikulasi (1 Tahun) dan mengambil jurusan sains hayat. Tujuan kerana 2. Pertama, saya tak ingin habis belajar terlalu lambat, keluarga saya susah dan saya perlu dapatkan pekerjaan secepat mungkin. Kedua, bidang sains hayat membolehkan kita mempunyai peluang untuk masuk kedalam apa sahaja bidang apabila kita berijazah nanti. Jika anda menguasai sains, saya yakin boleh menguasai apa sahaja. Saya memilih biologi, bukan fizik. Keputusan graduasi, pointer saya adalah 3.70.Tidak hebat sebenarnya. Di sini saya ingin memberitahu apakah pilihan saya dalam UPU:

Saya memilih matrikulasi (1 Tahun) dan mengambil jurusan sains hayat. Tujuan kerana 2. Pertama, saya tak ingin habis belajar terlalu lambat, keluarga saya susah dan saya perlu dapatkan pekerjaan secepat mungkin. Kedua, bidang sains hayat membolehkan kita mempunyai peluang untuk masuk kedalam apa sahaja bidang apabila kita berijazah nanti. Jika anda menguasai sains, saya yakin boleh menguasai apa sahaja. Saya memilih biologi, bukan fizik. Keputusan graduasi, pointer saya adalah 3.70.Tidak hebat sebenarnya. Di sini saya ingin memberitahu apakah pilihan saya dalam UPU:

1. Pergigian (USM)

2. Geologi

3. Psikologi

4. Law

5. Perubatan

6. Pergigian

7. Perubatan

8. Law

Pilihan pertama saya letak kerana saya tahu bidang itu mempunyai prospek kerjaya yang amat baik sama seperti perubatan (sekarang tidak lagi baik kerana terlalu ramai graduan), dan Ia boleh memberi gaji yang baik untuk saya menaiktaraf kehidupan keluarga saya. Adik-adik, motivasi saya memilih bidang apa adalah 3, pertama bidang yang saya yakin punya prospek kerjaya baik demi keluarga, kedua ia adalah bidang sains yang saya minati dan ketiga saya ingat ia tidak sesukar perubatan. Saya dapat tawaran Doctor of Dental Surgery (Ijazah Sarjana Muda) dari USM Kubang Kerian. Di sini ada beberapa perkara yang adik adik perlu tahu jika ingin mengambil pergigian. Ia tidak mudah. Ia mencabar kerana:

1. Anda perlu belajar tentang perubatan A-Z

2. Anda perlu mahir menangani stress bebanan tugasan, esei, seminar, presentation, exam (exam medical pun ada), kemahiran tangan, kemahiran komunikasi dengan pelbagai pihak, tagging, praktikal yang panjang dan berkemahiran tinggi

3. Ini adalah bidang professional di mana anda perlu ada attitude yang baik, empathy, compassion yang tinggi dan tanggungjawab terhadap komuniti serta pesakit

Bidang ini bukan untuk anda jika anda:

1. Tidak minat langsung sains terutama biology, fizik

2. Hanya berminat dengan duit

3. Kerana dipaksa

4. Tidak boleh menangani stress jika punya banyak bebanan

5. Tidak pandai mengurus masa

6. Tidak mempunyai keinginan untuk membantu komuniti atau orang lain membaiki kesihatan mereka

7. Tidak mempunyai empati dan tidak suka bergaul dengan masyarakat

8. Tidak mempunyai daya belas kasihan yang tinggi

9. Tidak berminat dengan bidang yang sentiasa memerlukan kita belajar sepanjang hidup ilmu yang sentiasa updated

10. Tidak ada daya ketahanan yang tinggi

Bidang ini untuk anda jika

1. Anda berminat dengan ilmu sains, fleksibel dan suka belajar walaupun ianya mula mula asing

2. Anda suka membantu orang menambah baik kehidupan mereka

3. Anda mempunyai inisiatif untuk menjadi lebih baik dari segi nilai dan dasar moral

4. Anda ingin meningkatkan taraf hidup anda dan keluarga anda menjadi lebih baik

5. Anda (jika Melayu Muslim) ingin menjadi Muslim Melayu yang bertahap professional dan membuktikan anda boleh

6. Anda sukakan cabaran

7. Anda suka kerja komuniti dan suka bergaul dengan masyarakat

8. Anda suka belajar benda baru

9. Anda mempunyai daya tahanan yang tinggi walaupun stress

10.Anda boleh berdikari dan sedia belajar dari kesilapan

11.Anda memang minat bidang ini

Nasihat saya untuk adik adik yang masih tidak tahu nak memilih apa, jangan ambil bidang jika dipaksa. Tiga orang sahabat saya berhenti separuh jalan jurusan pergigian dan perubatan kerana tidak tahan dengan tekanan belajar dan tidak minat langsung. Jika anda seorang yang fleksibel dan sukakan cabaran, ya, anda boleh ambil bidang ini, lebih baik lagi jika anda minat. Solat istikarah. Betulkan niat belajar, niat untuk berbakti kerana Allah s.w.t. Jangan hanya fikir tentang duit atau prospek, jika ia adalah bidang yang anda minat, GO FOR IT walaupun bidang seni. Rezeki ada buat mereka yang tekun dan tabah. Sedikit maklumat tentang jurusan DOKTOR PERGIGIAN:

1. Masih tidak ramai doctor gigi dalam Malaysia, maka ia adalah bidang yang baik untuk diceburi.

2. Perlukan penguasaan sains perubatan

3. Ijazah Sarjana Muda menjadikan anda seorang doctor gigi awam (General Practitioner). Apabila anda sambung Master (Ijazah Sarjana) anda boleh menjadi Doktor Pakar Pergigian contoh: Pakar Bedah Mulut, Pakar Endodontik, Pakar Prostetik, Pakar Restorative, Pakar Periodontik, Pakar Orthodontic , Pakar Pergigian Kanak-kanak

4. Nisbah doctor gigi perempuan lebih ramai dari lelaki, jadi adik adik lelaki silakan.

5. Gaji permulaan boleh mencecah RM3500 sebulan dalam kerajaan, swasta lebih tinggi, tetapi anda wajib bekerja dan berkhidmat dalam kerajaan selama 2 tahun

6. Jika anda ambil biasiswa JPA, sepuluh tahun bond dengan kerajaan.

7. Kos pengajian di IPTA adalah lebih kurang RM300,000 ++ . Banyak biasiswa ditawarkan, PTPTN juga ada serta Baitulmal dan zakat juga boleh membantu.

8. Sekurangnya perlu ada RM700-800 sebulan untuk kos sara hidup dan buku. Buku selalunya RM100 lebih each, ada yang lebih murah, boleh beli 2nd hand.

9. Apabila dah graduate anda akan berdaftar dengan Malaysia Dental Council (MDC). Terdapat juga Malaysia Dental Association (MDA) yang boleh disertai dengan bayaran tertentu.

10. Bidang ini memerlukan anda bekerja dalam komuniti masyarakat setempat. Banyak aktiviti kesukarelawanan.

Saya mengakui pernah juga nak putus asa. Tetapi perjalanan ini berbaloi. Bidang ini membentuk watak saya menjadi professional dan ingin sentiasa membaiki diri serta memberi lebih lagi kepada masyarakat. Bagi adik adik yang benar benar serius dan ingin tahu lebih lanjut tentang bidang ini bolehlah menghubungi saya melalui 0133007320 (Whatsapp sahaja) atau FB (Nur Hidayah Abu Bakar) atau email ke drhidayahab@gmail.com. Insya Allah jika perlu nasihat lain boleh juga tetapi saya lebih focus bidang pergigian dan perubatan serta sains. Semoga artikel ini membantu. Wasalam.

9 comments:

Nur Hafizah said...

Salam akak terima kasih banyak2 kerana beri pencerahan dlm bidang ni.saya ada minat dlm bidang dentist ni.tapi haih hati ni ragu2 lagi nak pilih apa.tahun ni saya spm.akak doakan saya dan kawan2 saya ya beroleh kejayaan yg cemerlang dlm spm tahun ni juga kejayaan hidup dunia dan akhirat.Semoga perkongsian ilmu akak ni mendapat ganjaran daripada Allah swt.terima kasih akak :)

Nikroza Nikabdulghani said...

sungguh besar pengorbanan
x ternilai harga yang perlu dibayar utk sebuah kejayaan.
tahniah adik nur hidayah, berjaya akhirnya. alhamdulillah

daya.ashburn said...

@nur hafizah, semoga berjaya

daya.ashburn said...

@nur hafizah, semoga berjaya

MOHAMAD SHAHRUL SYAFIQ RAMLI said...

Assalamualaikum,sy ingin brtanya tentang prosedur pendakap gigi diklinik kerajaan .nama sy telah tersenarai dlm list utk buat braces tpi pada tahun 2014 ..sgala appointment dbuat masa tu x prnh brjln akbt masa dan ketiadaan doktor pakar gigi yg telah bertukar ..adkh nama sy msih ad dlm list atau dh tiada ..sbb tiada sebarang panggilan slps hari trsebut sehingga kini... Dh 2 tahun lebih ...01119876144 sila whatsaapp sy ...amat memerlukan jawapan anda

Unknown said...

Salam kak, saya nak tau tempoh pengajian pergigian ni brape lama?
Then, dia punya subjek tu ape and bagaimana jadual harian akak masa degree?

noor aishah alias said...

Salam kak,nk tnya,akak ada mghadiri interview x utk Samsung bljar dlm bidang ni?

noor aishah alias said...

*sambung

Nurul Asyiqin Abdul GHani said...

Kalau kita dah pakai crown, boleh tak buka crown tu then pakai braces ? Eventho gigi tu doc tu dah potong sikit ? Still can ?